Thursday, December 16, 2010

jogjakarta hari 5

dah check in tak leh tidur plak. aku ngan mina decide nak morning walk. pas aku mandi, aku baring2 jap sementara tunggu mina siap. around 7 am aku ngan mina keluar from hotel pergi morning walk. aku pergi money changer and tukar duit skit. terus berjalan nampak restoran nasi padang, nampak spa center and end up kat tempat gerai kuih. byk gile kuih and kalau bole semua mina nak try.

yg paling sedap roti sapu coklat, pastu roti tu di goreng salut ngan telur. tgh jalan tu, kami jumpa driver mlm td yg tunggu passanger utk ke probolinggo semula. kami ke jln maliboro, ada few stall dah bukak. tgk2 tshirt and selipar. pas nego2 price, aku beli 2 helai tshirt, selipar and beg batik utk dek nor.

since hari masih awal, kami decide nak breakfast kat eFMe cafe. aku makan banana and honey pancake, minum java coffee. total breakfast dlm RM 3 aje. ada beberapa org mat saleh breakfast kat situ. kami balik ke hotel kejut kan shaf and nana.


sampai hotel, nana and shaf dah siap. kami ke money changer since nana and shaf pun nak tukar duit. luckily aku tukar awal. we found that rate utk money charger sume lain2. jadi kami pergi money changer yg awal2 td.

lepas ke money changer kami ke spa "kakiku" utk urut and lulur. massage whole body - Rp 35,000 utk 90 min. dan lulur Rp 25,000 aje. total massage dan lulur hanya RM 20! u won't get that price kat m'sia. RM 20 tu maybe dapat massage kaki aje utk 30min.

after about 2 hrs kat spa tu, kami ke restoran nasi padang. kami amek lauk ayam bakar, kari ayam dan beberapa lauk lg. cost dlm RM 6 camtu aje.

jogjakarta hari 4 part II

otw back from ijen,memasing sgt busuk bau sulfur. bau sulfur macam bau belerang tu. memasing tak tahan kelaparan even dah makan roti, biskut segala. kami stop kat petrol station yg femes kat java ni, Pertamina. kemudian meneruskan perjalanan dan stop for lunch kat Pantai Pasir Puteh, Situbondo.

kat beach ni ada dive center. aku assume pantai ni famous and menarik la. tapi bila pegi tepi beach tu perasaan biasa je macam tengok pantai Morib. maybe cuaca tak bagus kot so view nya tak berapa cantik. konpius betoi. aku dah google pasal pantai ni bila dah balik. mmg review semua kata best siap ada taman laut bagus untuk diving.

unch kat sini mahal sikit. maybe sebab tourist spot. mee goreng berharga Rp 25,000. sedikit keji. kira-kira dalam RM 8 sepinggan. pastu lalat byk lak. aku merasa jus avacado yg nana pesan. ada cam rasa air rumput skit. :-) lapar punya pasal, hantam saja.

perjalanan di teruskan ke probolinggo. dari situbondo ke probolinggo dalam sejam setengah. sampai je kat probolinggo tukar van ke jogjakarta. journey will take 9 hours.

badan melekit. letih yg amat sgt. semua tertidur dlm van. around 10.30 pm kami stop kat tmpt mcm RnR. makan dan refresh badan, basuh2 muka. perjalanan di terus kan lagi ke jogja. around 3.30 am aku terjaga bila driver tanya nanti nak drop kat mana bila sampai di jogja. aku just inform pegi aja ke maliboro street tu dan cari hotel.

sampai di jogja, kami cari losmen atau homestay. jenuh jugak cari losmen memandangkan kami check in kul 4 pagi. most of losmen charge 2 ari. keji betul. at the end kami jumpa sakura hotel dgn rate Rp 90,000 sebilik utk bilik dgn queen bed and breakfast. kami ambil 2 bilik.

waktu masih awal utk check in time tu. so, kami letak beg kat hotel and check in kul 5 am lepas tanya pekerja hotel tu, check in after 5 am akan charge sehari aje. sejam je lg nk check in. keji la.dia tetap taknak kasi masuk. kami pun keluar dan ke kedai " k mart", kedai mcm 7E tu. tengok2 apa ada and tanya pekerja k mart tu kat mana ada jual cd illegal. nana dok cari cd lagu band indon yg best.

for those yg cari cd ke vcd ke dvd ke, kat street blkg ibis hotel and matahari mall tu ada jual byk cd/dvd. satu cd dlm Rp 6,000. beli sepuluh percuma satu.

4.45 am kami gerak ke hotel dan check in. time nak masuk hotel ada sorg makcik ni dtg jual kuih and nasi. aku beli nasi kuning and mina beli nasi gudeg. nasi gudeg tu Rp 5,000. ada nasi putih and lauk2 skit.

kul 5 am kami check in. mandi2 solat subuh dan gud nite all.

letey wooo..

Thursday, October 7, 2010

jogjakarta hari 4

kami bangun 4 am and had a breakfast before check out. pagi tu makan toast and coffee aja. pagi ni mcm takde expectation sgt since aku tak study apa psl ijen. sbb mmg tak decide langsung nk ke ijen sebenarnye.

driver lambat bangun. "maaf mbak, ketiduran", ujar drive dengan mata yg merah2. kami maafkan aje since if aku jadi driver pun aku letih nak mati. drive 5-6 hours jalan mcm tu. adoi. dari banyu wangi ke ijen lebih kurang sejam. sampai je suhu mcm ok-ok je dari bromo. but still kene pkai sweater.

tiba di ijen kami kena berjalan lebih kurang 3km. tanpa guider kami jalan je ikut denai2 tu. sombong gile bila ada local tanya perlu guider ke. kami geleng2 and terus je jalan.



tgh2 jln tu bertembung ramai sgt pekerja yg mengangkat sulfur ni. aku takleh nak bygkan diorg angkat sulfur seberat 70-80kg tu. kami stop kat satu tempat yg diorg namakan kantin. ada jual mcm2 food tapi aku n nana minum sprite aje. lepas sembang2 dengan sorang pakcik ni, dia tunjuk kan jalan nak ke kawah. kami follow aje.



keliling perjalanan tu, mcm gng Brinchang - mossy forest. very wet and windy. kami ingat kan ujan rupanya embun pokok yg jatuh ditiup angin. sampai top of ijen, sulfur smoke sgt kuat sampai tak nampak apa2 view. mina and shaf dah jauh kat depan. aku ngan nana still kat belakang. kami jalan slow sbb tak tahan dgn asap sulfur tu. jalan sgt berkabus. tak nampak apa2. aku and nana just follow je trek tu until nampak pekerja yg bawak sulfur.


sampai kat kawasan berbatu, aku dah paranoid. suara2 pekerja2 yg ckp bahasa jawa bebel2 mcm marahkan kami jgn turun kat bawah tu. bahaya. shaf nak jugak turun sbb alang2 dah sampai sini. aku yg cranky2 follow jugak. kalau time takde asap tu aku rasa mmg aku tak turun dah.
rase nak suruh shaf mandi kat sini.

kami amek masa yg lama kat atas sana. sampai je bawah dah kul 12. driver bg time until 1030 am aje. turun je terus start journey to probolinggo and direct to jogjakarta.

view begini mandi peloh pun berbaloi-baloi : )

jalan laju2 jangan tengok kanan kiri


Monday, February 8, 2010

jogjakarta - hari 2 dan 3

around 5 am kami tiba di probolinggo. driver van drop us kat tour agent kat probolinggo. agent asked us our plan lepas turun bromo. actual plan was heading to surabaya. but when he offer us trip to ijen we found it is interesting to go. we nego the price and we get Rp 550,000 for the trip.
trip will cover from transport from probolinggo to ijen, hotel and breakfast at arabica homestay and transport back to jogja. journey will take 5-6 hours to ijen crater.

after pay for the trip, the other van take us to cemoro lawang and we stay at cemoro indah hotel. the road to cemoro lawang was sgt kecil. klau van tu selisih pun seram je rasa sbb tepi2 tu gaung. semakin naik ke atas, suhu semakin sejuk. probolinggo to cemoro lawang takes about 1 hours naik ke atas. kami sampai dalam pkul 7 am.

lepas check in, we had hot shower and then we had breakfast at the cafe. masa tu hujan renyai2 dan cuaca berkabus. we just have hot tea and pancakes sementara tunggu cuaca elok sikit.
from the cafe, boleh nampak view mt bromo.

lepas breakfast, we went for morning walk around hotel. view sgt superb and cool abes. tanah area village tu mmg digunakan sepenuhnya dgn tanaman kobis dan mcm2 sayur lg.


lepas jalan2 tu we back to hotel. arrange transport ke Penanjakan which is cost Rp 70,000 per person. we also rent sweater for Rp 4,000. entrance fees ke mt bromo pula Rp 25,000 per person. udara sejuk2 camni best tido as we have nothing else to do. selepas jamak zohor and asar, kami pun tidur. lg pun nanti kene wake up early around 3 am. suhu sgt sejuk malam tu. aku terjaga sbb kelaparan yg amat. bangun je terus makan roti.

pas aku bangun semua pun bangun. ngap ngap roti.. lepas magrib, kami ke cafe untuk dinner. aku order soto. soto makan dgn nasi ngan air putih hangat lebih kurang Rp 15,000. ada ramai org tengger kat luar cafe jual mafla, sock and snow cap. if bernasib baik boleh dpt Rp 40,000 utk tiga2 tu skali. aku just beli socks sbb sock dah basah. sock dalam Rp 10,000. dalam 8.30 pm kami balik ke bilik, solat isya, and sambung tidur. di sebabkan sejuk yg amat, aku takleh nak tidur sgt until 3 am.

3 am - terus bangun dan siap2 untuk ke penanjakan yg hanya 30 minit dari hotel. from penanjakan boleh nampak 3 mount - Mt Batok, Mt Bromo and Mt Semeru. unfortunately, that day hujan. takde view sunrise dari Penanjakan. kami duduk kat gerai2 kat atas Penanjakan tu. disebabkan tak tahan sejuk, kami order air teh panas sementara tunggu hujan teduh. ramai tourist tunggu ujan teduh. kami amek gmbar dan terus ke jeep untuk ke mt Bromo. masa gelap tadi tak nampak kiri kanan jalan yg bergaung. kalau nampak, sumpah aku tak toleh kiri kanan.



sampai je kat sand sea tu, ramai org tengger dtg approach suruh naik kuda. kat sini kene pandai nego. perjalanan ke mt bromo cuma 2 km aje. tp berjalan atas sand sea buat aku rasa semput plus dgn suhu sejuk 5C. akhirnya, aku mengalah lepas org tengger offer Rp 10,000 utk sampai ke kaki mt Bromo.




we went back to hotel and had breakfast. lepas kemas2, around 10 am kami gerak ke probolinggo untuk journey ke ijen pula. van dari probolinggo lewat. kami gerak dlm 12 pm ke banyuwangi . singgah makan dan solat. aku mkn nasi pecel (nasi putih dan pecel aje). kami meneruskan perjalanan ke Arabica homestay. Jalan agak teruk dan berliku. kiri kanan jalan hutan2 mcm kat gng Rajah tu. nana dah paranoid risau ke mana driver ni nak bawak.

aku risau tapi mampu berdoa aje. 2-3 kali aku tanya driver tu lama lagi ke nak sampai. at last sampai juga bila nampak sign board Arabica homestay. lepas sign board tu, kiri kanan dah pokok2 kopi. ada rumah2 pekerja dan sekolah. tiba di homestay, sunyi je. risau jugak.

we pay for entrance fees for Rp 25,000 kt homestay tu. kami check in and rileks jap while waiting for dinner. dinner mlm tu ns goreng. boleh di katakan whole trip aku makan ns goreng spesial aje. tu je aku rase yg boleh telan. aku try java coffee. di sebabkan bukan peminat coffee, aku rasa sama je mcm coffee lain. ahha..

pas dinner layan tv indon jap then tidur. kul 4 am nak kena bangun pulak. kena check out and terus ke ijen.

Saturday, January 10, 2009

jogjakarta - hari 1

aku bangun pukul 5.30 pg. malam tu tak boleh nak lelap sangat. excited kot. janji dengan diorg nak meet up kul 7 kat kl sentral. kami decide untuk naik erl aje ke klia and boleh check in terus.

unfortunately, flight delay pulak. dari kul 9.15 am delay ke 9.50 am. since kami dh check in, kami decide untuk stay kat waiting area tu aje. around 9.40 am kami berjalan menuju ke pesawat. aku duduk bersebelahan dengan makcik yang kerja di malaysia hampir 10 tahun sbg maid utk keluarga cina. aku sempat bersembang-sembang sambil enjoy lunch provide by MAS. the food not bad. plus byk snack utk munch2.

kul 1 pm kami sampai di adisucipto airport, jogjakarta. adisucipto airport kecil aje. lebih kurang airport langkawi. ada few shop and local flight byk kat airport ni. batavia, garuda etc etc. kami keluar airport aje dah byk travel agent offer taxi dan hotel. kami decide utk naik taxi dgn rate Rp 70,000. aku nego lagi. at the end dpt Rp 60,000. so share 4 org, sorang Rp 15,000. dalam RM, lebih kurang RM5 sorg.

dengan taxi, kami ke Sosrowijayan street.Sosrowijayan street bersebelahan dgn Maliboro street. di sini ada byk travel agent. nsb kami baik, driver taxi ni bwk kami ke travel agent plg murah di situ. we ask for a package to mt bromo. after survey2, kami decide utk pilih ke travel agent yg 1st td since itu yg plg murah. van ke mt bromo around 9pm. trip will take about 10hours.


ptg tu kami ke borobudur. cost ke borobudur Rp 30,000 dgn van. at 1st nak amek bas tp it will take sumtime utk ke sana. borobudur from town jogja tu about 1hr journey. entrance fees aje agak mahal bg aku. Rp 124,000 dalam RM 40 camtu. by the time turun je van tu, byk org jual2 approach tourist. utk tak waste time n money, better jln je laju2 ke borobudur.


kul 5 pm borobudur dah close. pastu kami back to office tour agent. on the back tu ada temple mendut di tepi jln. tapi kami tak stop pun as we were running out of time.

sampai je office tour agent tu, we pay for Rp 220,000 for our trip jogja to probolinggo, probolinggo to cemara indah hotel , one night with breakfast at hotel and from hotel to probolinggo. kami siap2 for our journey to probolinggo which is takes about 10 hours. on our way to probolinggo we stop for makan. kat area tempat makan tu ada kamar mandi utk refresh, ada musolah.

lepas dah makan, we continue our journey ke probolinggo before ke mt. bromo. on our way to probolinggo, aku tertidur keletihan...